Resepi Dapur Malaysia

Resepi Roti Canai Lembut

No Comments

Resepi Roti Canai Lembut merupakan sarapan pagi yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia . Walaupun cara penyediaan roti canai mengambil masa yang lama tetapi permintaannya begitu tinggi dan sangat disukai ramai.

image

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
750ml air
1 biji telur
1 sudu garam
1 sudu besar mentega / marjerin

5 sudu besar tepung gandum( jika doh roti canai anda terlalu lembik , tambahkan sedikit tepung gandum ni )

Cara membuat:

1.Masukkan tepung gandum , telur , mentega dan garam secukup rasa kedalam bekas , kemudian kacau hingga sebati.

2.Masukkan air  kedalam bahan yang dikacau sebati.

3.Uli hingga jadi doh dan rehatkan doh selama 10 minit.

4.Uli lagi selama 6 – 8 minit ( ulangi langkah ini sebanyak 3 kali – uli dan rehatkan doh )

5.Uli sehingga doh menjadi kenyal dan tak melekat.( jgn risau kalau proses pertama terasa doh melekat di tangan kalau ianya masih lembik lagi selepas proses kedua , uli dan rehat , tambah sedikit tepung (1/2 sudu besar ).

6.Bentukkam menjadi bebola kepada 20 biji dan salut dengan margerin (perap selama 3 jam atau lebih).

7.Ambil roti , nipiskan sebesar piring  dan tebar hingga menjadi nipis (utk mengelakkan koyak ,
tangan mesti sentiasa berminyak ).

9.Panaskan kuali  dgn api sederhana ,  letaklah sedikit minyak dan masak hingga perang. (sambil terbalikkan roti , hendaklah sentiasa merenjis minyak diatas roti).

10.Siap untuk dihidangkan.

P/s: Jangan uli terlalu kenyal doh nya, boleh menyebabkan roti susah untuk ditebar dan keras.Roti Canai Lembut boleh juga dimakan bersama kari ikan atau kuah dal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5