Resepi Dapur Malaysia

Resepi Roti Gulung Sardin

No Comments

Resepi Roti Gulung Sardin ok ? Resepi ini merupakan resepi yang disukai oleh semua orang.Ini kerana didalamnya terdapat inti sardin yang memang sedap dan pedas.Selain itu,cara untuk memasak hidangan ini sangatlah mudah kerana anda tidak memerlukan bahan yang banyak untuk menyediakannya.Disamping itu,masa yang diperlukan tidaklah lama kerana anda hanya memerlukan 5 minit untuk penyediaan , manakala 15 minit untuk memasak.

roti gulung sardin

Bahan-bahan:

5 keping roti sandwich
1 tin sardin
3 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara membuat:

1.Panaskan 2 sudu besar minyak masak di dalam kuali dan masukkan sardin.Kemudian masaklah sardin tersebut sehingga kuahnya menjadi kering.
2.Gelekkan roti sampai leper dan letakkan sardin tadi diatas roti kemudian gulungkannya.
3.Didalam mangkuk lain , pecahkan telur dan masukkan sedikit garam dan tepung gandum kemudian pukul sampai sebati.
4.Celupkkan roti yang digulung tadi ke dalam bancuhan tepung.
5.Panaskan minyak masak kemudian gorenglah roti tersebut sehingga keemasan kemudian angkat dan toskan.
6.Akhir sekali sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Roti Gulung Sardin tidak perlu digoreng terlalu lama kerana sardin tersebut sudah dimasak terlebih dahulu.Selain itu , pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggorengnya kerana takut roti tersebut menyerap minyak dengan banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5