Resepi Dapur Malaysia

Resepi Roti Gulung Seaweed

No Comments

Resepi Roti Gulung Seaweed ok ? Bagi individu yang sedang diet tu , anda boleh mencuba resepi ini kerana roti mengandungi lebih banyak karbohidrat, protin, kalsium dan zat besi berbanding dengan nasi putih yang kita selalu makan.Selain itu , seaweed juga baik untuk penghadaman ,  tinggi nutrien , rendah kalori , dapat meningkatkan kesihatan jantung dan bermacam lagi . Daripada kita makan makanan ringan seperti maggi lebih baik kita sediakan menu ini untuk sarapan pagi kita dan anak-anak.

 

roti gulung seaweed

Bahan-bahan:
3 keping roti sandwic
3 batang sosej
1 tin tuna
1 biji timun – dipotong memanjang
1 biji lobak merah – dipotong memanjang
Seaweed
Isi ketam secukupnya

Cara-cara membuat:
1.Rebuskan sosej dan isi ketam seketika kemudian angkat dan toskan.
2.Potong tepi roti dan lenyekkan
3.Bentangkan seaweed diikuti dengan roti.Kemudian letakkan lobak merah , tuna , sosej isi ketam dan timun.
4.Gulungkan seperti membuat sushi.
5.Akhir sekali , potongkan kecil dan sedia untuk dihidang.

P/s : Resepi Roti Gulung Seaweed ini perlulah direbus dahulu lobak merahnya dengan tujuan untuk melembutkannya.Selain itu , resepi ini juga tahan lama dan boleh dibawa kemana sahaja , contohnya berkelah dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5