Resepi Roti Jala dan Kari Ayam

Bahan-bahan (roti jala) 5-6 orang

300 gm tepung gandum
1 biji telur
4 cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil pewarna kuning

Bahan-bahan (kari ayam)

200 gm isi ayam
Serbuk kari
Santan
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam dan gula

Cara-cara (roti jala)

  1. Blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
  2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.
  4. Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat.
  5. Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.

Cara-cara (kari ayam)

  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus. Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
  2. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
  3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Optional – tambah sedikit cili kisar dan serbuk kunyit. Ayam boleh digantikan dengan daging. Ikut citarasa masing-masing.

OM: Resepi daripada mak saya. Roti jala sesuai dihidangkan semasa berbuka puasa. 🙂

20 Comments
  1. 6 years ago
    Zura

    suke makan roti jala cicah kari ayam ke daging..tp nk masak roti jala ats kuali tue xbape pandai sbb takut tebal atau nipis sgt..

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Masa nak letak atas kuali tu, tangan kena laju la. Dan jangan buat kat tempat yang sama. Kalau tak tebal la jadinya. 🙂

      Reply
  2. 6 years ago
    lekchun

    sapa kata org xy tak pandai masa. do visit my blog monelekchun.blogspot

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      🙂

      Reply
  3. 6 years ago
    Anonymous

    gd effort.tq v mch.

    Reply
  4. 6 years ago
    wan

    time kacih ba banyak

    Reply
  5. 6 years ago
    Shuhaida

    Kalau xde acuan roti jala tu boleh guna altenative lain ke?

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Cuba guna tin susu, tebuk 5 lubang macam acuan roti jala yang sebenar.

      Reply
      • 5 years ago
        Anonymous

        pernah try tapi tak jadi….tak sekata keluar adunan…

        Reply
        • 5 years ago
          Amir Said

          Adunan tu mungkin cair sangat atau mungkin pekat sangat. Bila kisar bahan2 ni, cuba adjust dgn air utk mencairkan atau dgn tepung untuk memekatkan.

          Reply
  6. 6 years ago
    Shuhaida

    Ermm… betul jugak kan?
    Wah.. x terfikir pulak camtu..

    Reply
  7. 6 years ago
    sue

    bagus ler resepi nie…
    simple sgt….nk blk try ler….
    tp knapa ada org letak susu cair n mentega lg…ada beza ke?

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Letak susu cair tu nak bagi rasa lemak sikit kot.

      Reply
  8. 6 years ago
    ahmad

    kalau tak letak telur dalam resepi ni boleh tak ?sebab anak sy tak boleh makan telur

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Boleh rasanya. Tapi saya tak pernah cuba pulak.

      Reply
  9. 6 years ago
    zulida khalik

    xprnh masakpun…baru nak cbe wat…harap2 menjadi…

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      selamat mencuba. 🙂

      Reply
  10. 6 years ago
    qila-2210

    this roti jala recipe is amazing..most of the recipe i found,usely used coconut milk or cream milk.but plain water also taste great.i dont know bout u,but i use only 2 cups of wter .isnt 4 cups is a bit too much.? Also i strain the batter to give a more smooth texture 🙂

    Reply
  11. 4 years ago
    one-niey

    klo kt nk masak kt atas plate utk buat burger tu rsa2ny mnjadi tak??

    Reply
  12. 2 years ago
    Nur Diyana

    Best la resepi ni. Sy tak pernah buat roti jala. Will try it.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *