Resepi Dapur Malaysia

Resepi Roti John Cheese Meleleh

No Comments

Resepi Roti John Cheese

Roti John antara menu yang jadi pilihan ketika bulan Ramadhan. Untuk menjadikannya lebih menarik, apa kata kita cuba pula roti john cheese pula.

Bahan-Bahan:

  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji bawang putih dipotong dadu
  • Roti panjang untuk sosej
  • Kobis
  • Keju Cheddar/Mozzarella
  • Serbuk cheese (dibancuh dengan air supaya menjadi sos cheese)
  • Mayonis
  • Garam, gula secukup rasa
  • Daging/ayam cincang

Cara Penyediaannya:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih.
  2. Masukkan daging, serbuk kari dan serbuk lada putih, garam secukupnya. Biar seketika hingga daging masak.
  3. Setelah masak, angkat dan letak inti ke tepi.
  4. Pukul telur di dalam satu mug besar. Masukkan inti daging dan kacau hingga sebati.
  5. Belah ditengah-tengah roti menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan sedikit planta pada permukaan roti dan letakkan diatas kuali leper untuk seketika, kemudian angkat roti itu setelah kelihatan sedikit garing.
  7. Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali leper, tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti.
  8. Taburkan keju parut cheddar/mozzarella diatasnya memenuhi permukaan inti.
  9. Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sebentar inti tu.
  10. Bila dah masak inti dan telur tu, balikkan roti seketika dan angkat.
  11. Roti john yang sudah siap dimasak itu tadi dituang sos, mayonis dan juga sos cheese serta kobis yang dihiris nipis diatasnya.
  12. Potong dan roti john sedia untuk dimakan.

Roti John Cheese anda sudah siap untuk dihidangkan. Selamat berbuka puasa dengan roti john cheese meleleh ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5