Resepi Dapur Malaysia

Resepi Roti Kukus Kurma Bersantan

No Comments

Resepi Roti Kukus Kurma Bersantan ok ? Resepi ini bukan sahaja sedap , malah ianya juga sangat mudah untuk dibuat . Selain itu , bahan yang anda perlukan untuk membuat resepi ini tidaklah sukar untuk didapati kerana ianya menggunakan bahan asas sahaja.Walaubagaimanapun , resepi ini termasuk dalam kategori dessert dan ianya diperbuat daripada bahan-bahan yang berkhasiat seperti roti , kurma , santan dan sebagainya.

roti kukus kurma bersantan

Bahan-bahan:
6 keping roti santan – Dipotong empat
2 cawan santan – Campur sedikit garam
Sedikit kurma – Dibuang biji dan dipotong
1 per 2 cawan gula

Cara-cara membuat:
1.Susun roti di dalam gelas dan ratakan bahagian bawah.
2.Curahkan kira-kira 2 sudu makan santan ke atas lapisan roti tadi.
3.Taburkan kurma dan gula di atas lapisan santan.
4.Ulang langkah 2 dan 3 sehingga habis.
5.Kukus di dalam pengukus selama 10 minit.
6.Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Roti Kukus Kurma Bersantan lebih sedap jika anda memasaknya dengan menggunakan santan yang betul – betul segar.Selain itu , kalau nak lebih sedap , pastikan anda menggunakan kurma yusuf taiyoob.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5