Resepi Dapur Malaysia

Resepi Roti Sosej Cheese

No Comments

Resepi Roti Sosej Cheese ok ? Kali ini Chef ingin kongsikan cara untuk membuat resepi roti sosej cheese pulak.Selain itu , anda juga tidak perlu risau kerana cara untuk memasaknya sangat mudah dan tidak perlukan masa yang lama untuk menyediakannya.Oleh itu , apa tunggu lagi ? jom cubanya sekarang juga!

roti sosej cheese

 

Bahan-bahan:
3 batang sosej
4 keping roti sandwich
2 keping keju cheddar
50 gram keju cheddar yang telah diparut
Sedikit daun bawang yang dipotong halus
2 sudu serbuk lada sulah
Garam secukupnya

Cara-cara membuat:
1.Rebuskan sosej terlebih dahulu sampai lembut dan potonglah kira-kira 1 inci.
2.Lenyekkan roti sampai nipis dan potong ianya memanjang
3.Letakkan sosej di tengah roti dan gulungkannya.
4.Selepas itu , gulungkan semula ia bersama selapis keju dan lagi selapis roti buat kali terakhir.
5.Susunkannya di atas aluminium foil dan taburkan keju yang diparut bersama bawang ke atasnya.
6.Kemudian bakarkannya di dalam ketuhar pada suhu 130 darjah selama 20 minit.
7.Akhir sekali, sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Roti Sosej Cheese boleh digantikan sosejnya dengan kepingan dada ayam yang telah dipotong dan direbus.Selain itu , sosej tidak perlu direbus begitu lembut sup[aya anda tidak muak apabila memakannnya.Anda juga boleh makan resepi ini bersama sos dan juga mayonis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5