Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sagu Gula Melaka

No Comments

Resepi Sagu Gula Melaka merupakan pemanis mulut yang sangat sedap dan sesuai dimakan dengan apa jua makanan berat dan pembuka selera malah pemanis mulut ini sangat popular kerana sangat mudah disediakan dan sangat ringkas.

image

Bahan A:
200 gm biji sagu
5 cawan air

Cara Membuat:
1.Masak air yang secukupnya dalam periuk dan bila air dah mula mendidih masukkan semua biji sagu dan kacau hingga kembang atau tak nampak biji2 putih.
2.Jika air rebusan dah nampak kurang tambah lagi air dan bila semua biji sagu dah masak dan tiada biji-biji putih baru la ditutup api dapur .
3.Kemudian tapis serta basuh sikit demi sedikit sagu dengan menggunakan penapis yang sesuai dan biarkan biji sagu ni dibawah air paip sehingga biji sagu ni kurang berkanji (utk buang kanji) .
4.Bila dah basuh toskan seketika biji sagu dan dimasukkan dalam bekas yang sesuai kemudian masukkan food coloring dan kacau biji sagu hingga warna sekata.
5.Kemudian masukkan dalam bekas atau acuan dan sejukkan (tekan bagi padat sagu dalam acuan).

Bahan B:
1-2 ketul gula melaka
1/2 cawan air
1 helai daun pandan

Cara membuat:
1.Masak gula melaka dgn air hingga mendidih dan masukkan daun pandan.

Bahan C:
2 cawan santan
secubit garam
sedikit air (ikut citarasa)

Cara membuat:
1.Masakkan semua hingga mendidih dan sejukkan.
2.Sediakan sagu yang telah disejukkan dan makan bersama air gula melaka (bahan B) dan santan yang telah dimasak (bahan C).

P/s:Resepi Sagu Gula Melaka sangat sesuai untuk meyejukkan badan dan sesuai dihidangkan sebagai pemanis mulut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5