Resepi Dapur Malaysia

Resepi Salad Daging pedas

No Comments

Resepi Salad Daging pedas ok ? Seperti yang semua orang sudah tau , salad dikenali sebagai sayur-sayuran campuran yang dicampur bersama mayonis, manakala daging pula biasa di masak menu merah , digoreng , dimasak gulai dan sebagainya. Akan tetapi , kali ini , Chef ingin ajarkan anda semua cara untuk kombinasikan kedua-dua bahan ini menjadi satu hidangan yang sungguh sedap dan juga lazat . nak tau cara untuk memasaknnya? jom lihat dibawah.

salad daging pedas

 

Bahan-bahan:
250 gram daging – dipotong nipis
150 gram soon – rendam sehingga lembut
1 biji lobak merah – dihiris memanjang
6 biji cili padi – ditumbuk
2 biji bawang besar – dihiris
4 biji cili merah (ikut tahap kepedasan) – dihiris
2 helai daun limau purut – dihiris
3 sudu makan jus lemon
3 sudu makan sos ikan
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan minyak
1 sudu teh ketumbar – dikisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
Setengah sudu teh minyak bijan
Garam secukup rasa

Cara untuk membuat:
1.Perap daging bersama minyak bijan, daun limau purut, lada hitam, tepung jagung dan garam selama 30 minit.
2.Celur soon sampai lembut. Sejat dan gaul dengan lobak merah, cili merah dan semua bahan lain kecuali minyak.
3.Panaskan minyak , gorengkan daging tadi dan tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
4.Setelah daging empuk, gaul dengan campuran soon.

P/s : Resepi Salad Daging Pedas sangat mudah untuk dibuat jika anda ikuti kesemua cara-cara diatas.Selain itu , anda perlu menggunakan sayur-sayuran segar untuk pastikan kesedapan itu kekal.Disamping itu , anda juga boleh tambah lagi limau jika ingin ianya sedikit masam dan boleh ditambah lagi cili jika anda sukakan resepi yang pedas.Pastikan anda hidangkannya bersama air supaya anda tidak menanggung kepedasan yang melampau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5