Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sambal Cencaluk

No Comments

Resepi Sambal Cencaluk ok? Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.Selain itu , cencaluk juga sangat sedap dan mudah untuk dibuat.Tidak sampai 10 minit pon masa yang diambil untuk menyediakan hidangan ini.

sambal cencalok

Bahan-bahan:
Cencaluk – ikut suka banyak mana
1 biji bawang merah – dipotong dadu / nipis
10 tangkai cilipadi – (ikut tahap kepedasan)
2 biji limau kasturi (kalau nak buat sikit jangan banyak sangat buah limau)

Cara-cara membuat::
1.Masukkan cencaluk ke dalam mangkuk.
2.Potong dadu bawang merah dan cilipadi perlulah dihiris dahulu.Kemudian basuh dan masukkan ia kedalam mangkuk yang berisi cencaluk tadi.
3.Gaulkan sehingga rata.
4.Akhir sekali,perahkan jus limau kasturi ke dalam mangkuk yang berisi cencaluk.
5.Siap untuk dihidangkan.

P/s : Resepi sambal cencaluk sangat sedap jika di makan bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5