Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sambal Cili Ikan Bilis Petai

No Comments

Resepi Sambal Cili Ikan Bilis Petai ok ? Resepi ini sangat sedap dan mudah untuk dibuat . Selain itu , bahan-bahan untuk membuat resipi ini juga amat mudah untuk didapati.Walaubagaimanapun,perkara yang perlu anda tahu, resipi ini sangat popular di kalangan masyarakat melayu khususnya di kawasan kampung.

sambal cili ikan bilis petai'

Bahan-bahan:
Ikan Bilis 300 gram
Petai secukupnya
Bawang besar sebiji – dihiris
Bawang putih 5 ulas – ditumbuk
Cili merah 2 biji – ditumbuk
Cili Padi 26 biji (atau ikut tahap kepedasan) – ditumbuk
Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:
1.Gorengkan kesemua ikan bilis sampai garing dahulu , kemudian angkat dan ketepikan.
2.Tumiskan bawang dan bahan yang telah ditumbuk sehingga naik aroma.
3.Masukkan garam dan gaul hingga rata.
4.Akhir sekali,masukkan ikan bilis dan peta kemudian gaul sampai rata.
5.Siap untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Sambal Cili Ikan Bilis Petai boleh disimpan lama.Selain itu,ianya sangat sedap jika dimakan bersama nasi panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5