Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sambal Daging Special

No Comments

Resepi Sambal Daging ok? Resepi ini sangat sedap dan sering dicari oleh semua surirumah.Resepi ini juga sangat sedap jika dimakan bersama nasi putih dan juga kicap.Selain ianya boleh dimakan bersama nasi putih,daging sambal ini juga lebih sedap jika dimakan bersama nasi impit,ketupat dan juga diletakkan ke dalam lontong.

Oleh kerana resepi ini banyak permintaan dan ramai yang sukakannya,Chef akan ajarkan anda cara-cara untuk memasak makanan ini.

sambal daging

Bahan-Bahan:
600 gram daging – hiris nipis-nipis kalau n ak besar pon boleh
5 sudu makan cili kering – dikisar (nak lebih pon boleh,ikut tahap kepedasan anda)
1 cawan air
Garam
Serbuk Perasa

Bahan-bahan yang perlu ditumbuk lumat:
Halia secukupnya
5 ulas bawang putih
1 biji setengah bawang besar

Cara-cara membuat:
1.Panaskan minyak didalam periuk kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan menjadi kekuningan.
2.Masukkan cili yang telah dikisar kemudian tumiskan sehingga pecah minyak serta agak garing.
3.Seterusnya masukkan daging, kacau supaya daging sebati dengan sambal.
4.Gunakan api sederhana besar.Selepas 3 minit, daging akan mengeluarkan air,hendaklah dimasak sehingga air daging tersebut kering.
5.Masukkan secawan air dan kacau sehingga rata.
6.Bila kuah sudAH mendidih, kecilkan api dan tutup periuk.
7.Biarkan daging mereneh SEhingga kuahnya pekat dan daging empuk.
8.Jika daging masih kurang empuk, boleh ditambah secawan air lagi dan biarkan mereneh dengan api yang perlahan.
9.Masukkan garam dan serbuk perasa kemudian Kacau sehingga sebati.
7.Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

P/s:Resepi Daging Sambal lebih sedap jika dimasak sehingga kuahnya kering kerana kita dapat rasakan sambalnya yang manis dan pedas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5