Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sambal Hitam

No Comments

Resepi Sambal Hitam ini berasal daripada pahang.Dimana sekarang ini telah tersebar seperti wabak H1N1 di seluruh penduduk Malaysia,tidak kira didalam kalangan penduduk kampung mahupun bandar.Jika tiada lauk-pauk,sambal hitam ini juga dalam dijadikan sebagai lauk dan semestinya memukau selera makan anda.

sa

Bahan2:
½ cawan belimbing buluh yg telah direbus.
½ cawan cili padi (ikut kepedasan masing-masing kalau suka pedas boleh lebihkan).
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek.
9 ulas bawang merah (3 ulas ditumbuk, 6 ulas dihiris nipis).
garam & gula secukup rasa.
Ajinomoto.
1 cawan minyak masak.

Cara-cara penyediaan:
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2. Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak-banyak & simpan sebagai stok.Belimbing hendaklah dicuci bersih kemudian masukkan ke dalam periuk (tanpa air),masukkan garam kasar sedikit,dan renih dengan menggunakan api yang paling perlahan..Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut. Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang paling perlahan sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.
(jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni memadai hanya rebus anggaran 20biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing sehingga betul-betul kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
2.Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat (6 ulas lagi dihiris nipis).Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
3.Panaskan minyak masak dalam kuali.Kemudian,tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga,api biarkan perlahan)).Tambahkan garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding). Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.

P/s:Resepi Sambal Hitam ini boleh disimpan lama dan boleh buat banyak-banyak untuk simpan stok.Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati.Pastinya sedap yang teramat sangat.Dengan telur mata kerbau letak kicap je pun sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5