Resepi Sambal Ikan Bilis Petai

Saya nak berkongsi satu resepi yang agak mudah untuk dicuba. Sebenarnya ini resepi pertama yang saya update di blog Dapur Malaysia, tapi saya update semula dengan gambar baru.

Bahan-bahan (5-6 orang)

200 gm ikan bilis
4 papan petai
6 ulas bawang merah – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
4 sudu besar cili kisar
1 inci gula Melaka
Sedikit air
Garam dan gula

Cara-cara

  1. Isi petai dibelah dua.
  2. Goreng ikan bilis sehingga rangup, angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis seketika (3-4 minit).
  4. Masukkan sedikit air. Masukkan gula Melaka dan kacau sehingga sekata.
  5. Masukkan petai dan ikan bilis, kacau sehingga sekata.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Resepi ini saya pernah cuba ketika di Adelaide. Kat sana tak ada petai yang fresh, so saya guna petai dalam tin. Kalau nak cuba di rumah, cubalah cari petai yang fresh, lagi best rasanya. Selamat mencuba!

30 Comments
  1. 7 years ago
    naim

    bagus2..oh malaysia tak lupa daratan..kat australia pun makan petai..salute…………hehe

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      @naim, kita kt mana2 je kena igt asal usul kita. hehe.. malaysia tetap da best!

      Reply
  2. 7 years ago
    rose

    petai dlm tin ni mcm petai jeruk, rasa tak menyengat sgt.. bau pon kurg.. tapi ok je~~ cool!

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      @rose, sape yg x boleh bau petai tu, baik beli petai dlm tin je. kurang bau dan rasa.

      Reply
  3. 7 years ago
    hemy

    aku tak makan petai..hehe

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      @hemy, dulu aku masa kecik2 pun x makan. tp rugilah x cuba makan.. sedap je..

      Reply
  4. 7 years ago
    She

    SEDAPNYA!!!!

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      @She, cubalah masak!

      Reply
  5. 7 years ago
    alyzv

    nyam3..sedapnye sambal petai..
    lau goreng dgn udang pun sedapp..
    n petai tu mesti fresh…sedap3..

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      cubalah masak alyzv… guna udang lagi sedap.

      Reply
  6. 7 years ago
    zihnun fatin

    waaaa ttbe je teringat petai n budu!

    buat sy lapar je ni..hehe

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      study kt mesir ke?
      xpelah, tunggu balik malaysia makan puas2.. hehe..

      Reply
  7. 7 years ago
    zihnun fatin

    eh taklah..sy stdy kt uia gmbk je..masih di Malaysia..hehe..

    cuma dh lama xmkn petai..rindu mknn kt umah..ngee!

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      @zihnun fatin, oooo.. masaklah kt gombak. beli petai.
      nak sedap beli udang.. tp gn ikan bilis pun sedap zihnun… hehe..

      Reply
  8. 7 years ago
    zihnun fatin

    tau,sy pnh masak dgn udang n ikan bilis..hehe

    malangnya,kt sini xleh bwk periuk n msk, nanti kena saman..hohoho

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      patutnya IPTA kt malaysia bagi kebebasan kt pelajar.. nti belajar je, lps dah kerja x tau masak. spatutnya kt uni diberi kelonggaran sikit.. xde apelah bwk periuk nasi dsb, x terbakarnya rumah… kita bkn bdk2 kecik. hehe…

      Reply
  9. 7 years ago
    amalina aisyah

    Ada ek petai dalam tin? xpernah nampak pun? katne jual?
    aku bawak petai jeruk datang jepun. skali tu air die kuar,abes barang dalam luggage aku… >.<

    Reply
    • 7 years ago
      oryza sativa

      @amalina aisyah, kt australia ada petai dlm tin. import dari malaysia jenama brand tu lah. Emm.. japan x strict kan psl bwk2 makanan, mcm US. kalo australia sgt2lah strictnya. X berani nk bwk2 makanan.

      Reply
  10. 7 years ago
    yaya

    hehe..
    fresh tak petainye?
    petai..i like!!

    Reply
    • 7 years ago
      Amir Zones

      Tak fresh yaya. Tapi not bad la.. Sedap jugak.

      Reply
  11. 7 years ago
    cikmin

    ekekek..pestime in my life..tengok petai dalam tin.. 🙂

    Reply
    • 7 years ago
      Amir Said

      @cikmin, terpaksa beli dalam tin cik min. kat aussie xde yg fresh.

      Reply
  12. 7 years ago
    indonesia food

    memasak adalah hobi yang menyenangkan

    Reply
  13. 5 years ago
    sai'e

    admin….xd buat resepi coklat ke?

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Nak resepi coklat apa? kek coklat?

      Reply
  14. 5 years ago
    sai'e

    bukn kek…homemade choc tu,xd buat ke?

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Takde la resepi homemade chocolate. hehe.

      Reply
  15. 5 years ago
    nur

    saya suka lagi makan petai.walau pun bau petai kuat.apa boleh buat.itu nama nya petai

    Reply
  16. 3 years ago
    Mazni Azmi

    Ini memang kegemaran saya.

    Siap tambah petai lagi tu. Memang terbaik 🙂

    Cuci buah pinggang

    Reply
  17. 3 years ago
    culapack.com

    This will get you traffic to your site and make money. The
    says of free proxies and tunnelling services are over, and
    as the Chinese government begins to tighten its grip on what comes
    in and out of the country informationally speaking, the need for a vpn to bypass internet censorship in China grows every
    day. It’s probably some mix of the two, so I have to give him
    props for not going too far in either direction.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *