Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sambal Ikan Bilis

No Comments

Resepi Sambal Ikan Bilis ok? Resepi ini biasanya dimakan bersama nasi lemak.Tetapi,resepi ini juga sedap jika dimakan bersama pulut,lontong,nasi putih dan pelbagai hidangan yang lain.Disamping itu,resepi ini juga sangat mudah untuk dibuat dan hanya mengambil masa dalam 20 minit sahaja.Resepi ini juga boleh tahan lama jika anda letakkannya di dalam peti.Oleh itu,anda pastinya tidak akan menyesal jika mencuba resepi ini.

sambal ikan bilis

Bahan bahan yang diperlukan:
1 mangkuk ikan bilis – dibelah
1 mangkuk setengah cili kering atau ikut suka – dikisar
20 biji bawang merah
1 labu bawang putih
Sedikit halia
2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
3 sudu besar gula
Garam secukupnya

Cara-cara membuat:
1.Tumbukkan semua bawang dan halia berserta cili sehingga lumat (kalau malas guna blender).Kemudian,panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan yang telah ditumbuk lumat dengan api yang perlahan sehingga cili benar benar masak.
2.Kemudian masukkan gula dahulu supaya sambal akan berwarna cantik dan kemerahan.
3.Lepastu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping.
4.Kemudian masukkan ikan bilis dan biarkan ianyab masak dengan api yang perlahan sampailah mencapai kepekatan sambal yang disukai.

P/s : Resepi Sambal Bilis ini boleh ditambah sedikit air jika nampak sambal tersebut agak kekeringan.Selain itu,Sambal perlulah ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5