Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sambal Lado Daging

No Comments

Resepi Sambal Lado Daging ok ? Rasa makanan akan kurang lengkap tanpa ditemani sambal, itulah seringkali yang menjadi anggapan kebanyakan masyarakat di negara kita,hampir seluruh masakan di Malaysia  perlukan sambal dalam kehidupan harian untuk membuka selera makan mereka . Oleh itu , untuk hidangan harini Chef ingin memasak menu sambal lado daging . Resepi ini sangat mudah untuk disediakan , jom cuba.

sambal lado daging

 

Bahan-bahan:
I kilo daging – dipotong nipis
10 biji cili merah – dikisar
1 biji bawang besar – dikisar
2 biji bawang putih – dikisar
Setengah cawan air asam jawa
Garam dan gula pasir
secukup rasa
Minyak masak

Cara membuat:
l.Rebuskan daging dahulu bersama sedikit garam, gula, separuh air asam jawa dan air secukupnya sampai empuk. Kemudian angkat.
2.Tumbuk daging dan goreng hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Tumis bahan yang dikisar sampai naik bau.
4.Masukkan gula, garam dan baki air asam jawa.
5.Akhir sekali setelah ramuan agak kering, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
6.Gaul rata dan sedia untuk dihidang.

P/s : Resepi Sambal Lado Daging lebih sedap jika di masak dengan lebih pedas , akan tetapi jika anda tidak boleh makan makanan yang pedas bolehlah dikurangkan cilinya . Selain itu , jika anda masaknya sedikit garing , ia akan lebih sedap kerana bahan-bahan ramuan dapat menyerap ke dalam daging dengan lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5