Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sambal Sotong Dan Petai

No Comments

Resepi Sambal Sotong Dan PetaiĀ ok ? Seperti yang kita tahu , sambal petai memang sangat sedap inikan lagi bila dimasak bersama sotong kan ? Hidangan ini sangat mudah untuk dimasak , hanya mengambil masa dalam 30 minit sahaja.Sila rujuk di bawah untuk teruskan.

sotong sambal dan petai

Bahan-bahan:
Sotong setengah kilo
Petai ikut suka banyak mana
Cili kering 20 tangkai (ikut suka) – ditumbuk
Bawang merah 8 biji (ditumbuk)
Bawang putih 47 ulas (ditumbuk)
Sos tiram 1 sudu kecil
Gula 3 sudu besar
Garam secukupnya
Penambah rasa secukupnya
Minyak

Cara-cara membuat:
1.Panaskan minyak didalam kuali kemudian tumiskan bahan yang telah ditumbuk sampai naik aroma.
2.sos tiram, gula,garam,kemudian kacaulah sehingga rata dan biarkan masak sampai kering sedikit.
3.Masukkan Sotong dan biarkan sampai Sotong masak yang pasti jangan lupa kacau.
4.Bila Kuah dah pekat masukkan petai dan masak sampai siap.
5.Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Sambal Sotong Dan Petai sangat sedap jika dimasak daripada bahan yang segar.Selain itu , petai jangan di masak terlalu lama nanti dia jadi lembik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5