Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sambal Sotong Kembang

No Comments

Resepi Sambal Sotong Kembang ok? Resepi ini sangat sedap tetapi tidak ramai orang yang reti memasaknya kerana jika tersalah sedikit pastinya ia tidak akan sedap dan berbau hanyir atau pon berlendir.Oleh itu,jika anda ingin memastikan yang masakan anda menjadi dan sedap sila ikut cara-cara tersebut di bawah,saya yakin yang anda tidak akan menyesal.

Selain dimakan bersama nasi putih,sambal sotong kembang ini juga sangat sedap jika dikombinasikan atau dihidangkan bersama nasi lemak.Jika anda kombinasikan resepi ini bersama nasi lemak Chef yakin yang anda akan dapat tidur nyenyak disebabkan oleh kesedapannya.Tak percaya?marilah cubanya.

sambal sotong

Bahan-bahannya :
1 kg sotong kembang – potong kecil
1 mangkuk setengah cili kering (ikut tahap kepedasan) – rebus dahulu kemudian dikisar
4 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1 biji bawang besar – potong bulat
2 inci halia
Air asam jawa – jangan banyak sangat
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuat :
1.Kisarkan bawang putih, bawang merah dan juga halia.
2.Panaskan minyak di dalam kuali,jika sudah panas tumiskan semua bahan yang telah dikisar hingga garing kemudian masukkan cili kering yang dah dikisar kemudian biarkan hingga pecah minyak
3.Masukkan garam dan gula kemudian kacau sehingga sebati
4.Masukkan hirisan bawang besar dan air asam jawa
5.Bila sudah sedikit pekat masukkan sotong kembang dan biarkan seketika.Bila air sotong sedikit kering bolehlah padamkan apinya
6.Siap untuk dihidang bersama nasi.

P/s:Resepi Sambal Sotong Kembang ini lebih sedap jika anda gunakan teknik menumbuk pakai lesung bahan-bahannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5