Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sambal Sotong Pedas

No Comments

Resepi Sambal Sotong Pedas kegemaran orang negeri sembilan. Makanan pedas ternyata mampu membuka selera.

resepi sambal sotong pedas

Bahan Masakan:
1 kg sotong segar
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
30 tangkai cili kering diblend
sedikit air asam jawa
sedikit garam secukup rasa
sedikit gula melaka
sedikit belacan
Minyak masak secukupnya

 

Cara membuat:
1. Masukkan sotong ke dalam kuali tanpa air sekejap sehingga airnya keluar. Kemudian toskan.
2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan kisar dan belacan sehingga naik bau dengan api sederhana.
3. Masukkan sedikit gula melaka lalu kacau sehingga minyak pecah.
4. Masukkan sotong tadi dan sedikit air asam jawa.
5. Masukkan sedikit garam secukup rasa.
6. Kacau beberapa ketika dan angkat sedia untuk dihidangkan.

P/s: Sambal Sotong sedap jika diperah sedikit asam limau (limau kasturi). Rasa pedas dan sedikit masam benar-benar menaikkan selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5