Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis

No Comments

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis ok ? Selalunya ikan bilis orang suka masak sambal cili padi , manakala tempoyak pula orang suka masak gulai .  Tapi kali ini , Chef ingin ajarkan cara untuk memasak sambal tempoyak ikan bilis yang memang betul-betul padu.Sila lihat bahan di bawah untuk mencuba resepi ini.

sambal tempoyak ikan bilis

Bahan-bahan yang diperlukan:
Ikan Bilis ikut banyak mana
Tempoyak 3 sudu besar
Bawang besar satu biji – dihiris
Bawang putih 2 ulas – dikisar
Cili padi 25 biji (ikut tahap kepedasan,lagi pedas lagi piau) – dikisar
Garam secukupnya
Minyak

Cara-cara membuat:
1.Gorengkan ikan bilis sehingga garing kemudian letakkan ke tepi
2.Tumiskan bawang besar dan bahan yang telah dikisar
3.Kemudian masukkan garam dan oacau sehingga sebati
4.Masukkan tempoyak kemudian gaul sehingga rata
5.Akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul sehingga sebati
6.Siap untuk dihidangkan

P/s : Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis lebih sedap jika di makan bersama nasi panas.Selain itu , lebih sedap jika bahan-bahannya ditumbuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5