Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sambal Tumis Udang

No Comments

sambal tumis udang

Pastikan anda menggunakan udang yang segar kerana rasa manis udang segar akan melazatkan lagi kuah sambal tumis. Hidangan sambal tumis udang masakan anda ini untuk keluarga yang enak dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak.

Bahan-bahan:

  • 500g udang, dibersihkan
  • 1/2 biji bawang besar, potong nipis
  • 1 batang serai, dititik
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram
Bahan untuk dikisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 10-12 tangkai cili kering, dibuang biji
  • 1 biji bawang besar
 Cara Penyediaannya:
  1. Rebus cili kering seketika, toskan air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain.
  2. Dalam kuali, panaskan 2 senduk minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.
  3. Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik.
  5. Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.

*Tips:

  • Pastikan anda tidak memasak udang terlalu lama kerana udang boleh menjadi keras.
  • Semasa menumis bahan kisar pastikan betul-betul pecah minyak kerana jika tidak, kuah sambal tumis tidak masak dengan sempurna.

Selamat menjamu selera dengan sambal tumis udang ini! Jangan lupa sekali share resepi di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5