Resepi Sambal Udang Petai

Bahan-bahan (3-4 orang)

500g udang
2 papan petai – dibuang kulit
10 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 batang serai – diketuk
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula
Minyak masak

Cara-cara

  1. Bersihkan dan buang janggut udang. Kalau nak buang kulit pun boleh juga.
  2. Masukkan 4 sudu besar minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili, belacan, asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan udang dan petai. Kacau rata sehingga udang masak.

12 Comments
  1. 6 years ago
    nursarah puteri

    bolehlah ikut resipi ni. ingat nak masakkan menu ni untuk seseorang sebab ada request…. ekekeke.

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Kalau tak sedap, adjust2 la resepi ye. Hehe. 🙂

      Reply
  2. 6 years ago
    afiq aiman

    syg sekali aku tak makan petai. aku suka tgk org makan ulam tapi bila aku yang nak makan mmg takkan makan la. ada tip tak mcm mana nak bagi diri ni boleh makan sayur hehe

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Dulu aku tak suka makan petai. Tapi once aku cuba makan, sedap je. Aku ni memang suka makan sayur. Cuba telan je dulu sayur-sayur tu, biasakan dulu. Lama-lama ok la.

      Reply
  3. 6 years ago
    fina fento

    tak pernah lagi masak sambal tumis guna serai..boleh try ni.

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Kalau tak letak pun boleh je. Saya kadang2 suka masak guna serai. 🙂

      Reply
  4. 6 years ago
    Lya

    udang saya suka. tapi petai saya tak makan. hu

    Reply
  5. 6 years ago
    Lya

    udang saya suka. tapi petai saya tak makan. huhuhu

    Reply
  6. 6 years ago
    titan

    fuhh..feveret aku tuhh…

    Reply
  7. 6 years ago
    UMMI RAYYAN

    Alahai sedapnye tgk sambal petai ni.tp tang udang tu yg x ble,alergic seafood.almt gtal 1 bdan…. hihihihi 🙂

    Reply
  8. 6 years ago
    Opellius

    tak pernah dibuat dek orang sambal letak serai

    Reply
  9. 6 years ago
    Nur Kasih

    belacan sedikit tu..banyok mane???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *