Resepi Sardin Goreng Sedap

Resepi Sardin Goreng sangat mudah disediakan dan lazat dimakan bersama nasi panas atau roti kosong dan capati.Resepi ini hanya mengambil masa 10-15 minit penyediaan.

image

Bahan-bahan:

1 tin sardin
2 biji bawang besar (dihiris halus)
1 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 biji cili merah besar (dihiris halus)
10 biji cili padi (dihiris halus)

Cara membuat:

1.Buang kuah sardin dan toskan ikan.
2.Goreng ikan sardin dengan api perlahan (gunakan penutup sebab ikan meletup)hingga garing.
3.Angkat dan toskan.
4.Goreng semua bawang dan cili yang dihiris hingga layu , angkat dan letakkan di atas ikan yang sudah digoreng.

P/s:Lebih sedap jika diperah limau kasturi sebelum dimakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *