Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sate Padang

No Comments

Resepi Sate Padang ok ? Resepi ini kebanyakkannya di jumpai di Indonesia.Disamping itu,di Malaysia juga terdapat orang yang menjual sate padang ini.Akan tetapi,susah untuk dicari di negara kita kerana tidak semua orang mahir memasak hidangan ini.Oleh itu,Chef ingin ajarkan anda cara-cara untuk membuat hidangan ini.

sate padang

Bahan-bahan:
1 kilo daging lembu
50 gram tepung beras
4 lembar daun limau purut segar
1 batang serai – diketuk
2 potong asam keping
Garam secukupnya
Air

Bahan yang perlu dikisar halus:
10 biji cili merah
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan bulat
1 sudu teh jintan manis
10 biji bawang merah
1 sudu makan kunyit – dicincang atau potong
2 cm halia – dicincang
2 cm lengkuas – dicincang

Cara buat Kuah:
1.Didihkan sisa kuah daging rebus tadi, sebanyak 500 ml sahaja
2.Tambahkan tepung beras yang telah dicairkan, dan kacau sehingga sebati dan mengental

Cara membuat sate padang :
1.Rebus dahulu daging tersebut sehingga empuk bersama semua bahan yang dikisar halus kecuali tepung beras.
2.Setelah siap direbus dan ditoskan,potonglah daging tersebut mengikut ukuran daging sate serta tusuk sampai habis.
3.Akhir sekali,bakar daging sate tetapi jangan lupa sapukan minyak campuran diantara minyak dan gula pada dagingnya serta bakar sampai masak.
4.Bila sudah masak,bolehlah dihidangkan.

P/s : Resepi Sate Padang lebih sedap jika tidak dimasak dengan begitu kering dan dibiarkan berjus sedikit kerana rasanya akan lebih menyerlah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5