Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sayur Campur Ala Cina

No Comments

Hari ini kita cuba masakan sayur campur ala2 cina pulak ye ?

resepi sayur campur ala cina

Bahan-bahan :

50g bunga kubis.

5 ulas kacang buncis.

1 biji lada benggala – dipotong dadu.

2 biji lobak merah – dipotong nipis.

5 ulas bawang putih – dikisar.

2 sudu besar sos tiram.

sedikit stok ayam.

50ml air.

2 sudu tepung jagung – dibancuh dengan air.

2 biji cili merah – dipotong kecil (untuk hiasan).

10g bawang merah – digoreng (untuk hiasan).

 

Cara Penyediaan ResepiĀ :

1.Panaskan kuali , masukkan minyak dan t.umis bawang putih

2.Masukkan air , stok ayam dan sos tiram.

3.Masukkan garam dan air bancuhan tepung jagung.

4.Kacau sos sehingga pekat dan masukkan sayur-sayuran.

5.Kacau sampai mendidih dan masukkan cili merah serta bawang goreng.

 

P/S : makan panas2 la sedap , umphhh! Kalau pandai imbangkan rasa, insyaAllah makan dengan nasi putih pun sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5