Resepi Sayur Lodeh (Lontong) merupakan resepi yang sangat mudah disediakan hanya dengan merebus malah menjadi resepi kesukaan ramai kerana keenakkan dan kelemakan pada respi ini.
Bahan-bahan:
Kobis bulat (dipotong)
Kacang panjang (dipotong)
Sekeping tempe (dipotong dadu)
Sekeping lobak merah (dipotong panjang)
Bunga kobis
Sengkuang
Santan secukupnya
2 keping tauhu (dipotong dadu)
2 biji bawang besar
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 biji cili merah (dipotong panjang)
Garam
Cara membuat:
1.Bawang besar , halia , kunyit hidup dan lengkuas dimesin bersama satut cawan air.
2.Kemudian masak sebentar dan masukkan serai yang diketuk .
3.Masukkan santan , kemudian masukkan semua sayur serta tempe dan tauhu .
4.Masukkan cili merah dan garam secukup rasa lalu kacau sehingga masak.
P/s:Resepi Sayur Lodeh sesuai dimakan dengan nasi impit , telur rebus dan sambal ikan bilis.