Resepi Seafood 3 Rasa

Bahan-bahan (3-4 orang)

500g seafood (sotong, udang, kerang, kupang)
1 ulas bawang besar – dicincang
3 ulas bawang putih – dihiris halus
5 biji cili padi – dicincang
4 tangkai cili merah – dibuang biji dan dicincang
Bunga kobis, kacang buncis dan jagung manis (optional)
2 sudu besar cuka
5 sudu besar sos Thai Maggi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara

  1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng sebentar seafood untuk mengeluarkan airnya. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak dan kuali yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
  3. Masukkan cili padi dan cili merah. Kacau sebentar. Masukkan sayuran dan sedikit air. Biarkan sayuran masak sedikit.
  4. Masukkan cuka dan sos Thai. Masukkan seafood yang telah digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Resepi asal ialah Sotong 3 Rasa oleh Kak Nor dan Kak Raihan.

9 Comments
  1. 6 years ago
    afiq aiman

    5 step je? mcm mudah tp tgk balik hehe mcm tak mampu je aku buat

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Kalau nak kira, 4 step je kot. Step ke-5 boleh ignore. hehe.

      Reply
  2. 6 years ago
    Lya

    wau sedap. bahaya masuk blog ni di kala siang hari masa berpuasa. bleh melelehh. hihi

    Reply
  3. 6 years ago
    Ika

    Salam ramadhan! lama tak singgah sini, asyik jeling2 jerr latest update kat tepi bloh kita tuu 😀 selamat menyambut ramadhan buat saudara amir said sekeluarga di sana 🙂 nmpk sedap niiiii! menu tuk berbuka puasa belum cukup lagi dlm sebuln ni nanti hihihi…

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Saya kat Adelaide dengan kawan-kawan je. Family kat Kemaman, Terengganu. Selamat berpuasa jugak untuk Kak Ika sekeluarga. 🙂

      Reply
  4. 6 years ago
    emylia

    nmpak sedap…klu x nak letak cuka bleh ker?

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Boleh je. Ganti cuka dengan jus limau nipis.

      Reply
  5. 6 years ago
    eiyda

    slllrppppp meleleh air liur puasa2 ni..heee

    Reply
  6. 6 years ago
    boy

    hmm,..nsb bk tgk wktu mlm,klw siang hr trtln air liur aku,kehkeh,..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *