Resepi Dapur Malaysia

Resepi Seafood Masak Merah Berempah

5 Comments

Resepi Seafood masak merah berempah. Bukan ayam sahaja ye yang boleh masak merah. Seafood pun boleh, daging pun boleh.

Bahan-bahan (3-4 orang)

500g seafood (sotong, udang, kerang, kupang)
1 ulas bawang besar – dicincang
3 ulas bawang putih – dicincang
1 inci halia – dicincang
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil jintan manis
1/4 cawan santan pekat
Garam dan gula
1 biji tomato – dihiris

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan rempah ratus sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, sos tomato, serbuk kari, jintan manis dan santan. Kacau hingga sekata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan seafood dan kacau hingga masak.
  4. Tutup api dan masukkan tomato. Siap untuk dihidangkan.

Untuk resepi ni, saya guna kalamari sebab kat Aussie susah nak jumpa sotong biasa.

5 comments on “Resepi Seafood Masak Merah Berempah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5