Resepi Dapur Malaysia

Resepi Serunding Daging

No Comments

Resepi Serunding Daging ok ? Sudah pastinya seluruh rakyat Malaysia amat menyukai serunding daging , akan tetapi ianya amat sukar untuk di dapati pada hari biasa kerana menu ini sering di jumpai pada musim perayaan sahaja.Resepi ini amat sedap dan senang untuk dibuat , oleh itu , Chef ingin ajarkan anda semua cara-cara untuk membuat resepi yang sedap ini.

serunding daging

Bahan-bahan:
Setengah kilo daging – direbus dan disiat halus
100 gram serbuk kari
50 gram jintan manis
50 gram jintan putih
50 gram serbuk ketumbar
100 gram cili kering yang telah dikisar
200 ml santan segar
250 ml minyak masak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar:
3 cm lengkuas
3 cm halia
100 gram bawang merah
60 gram bawang putih
5 batang serai
60 gram kunyit hidup

Cara-cara membuat:
1.Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
2.Kemudian masukkan cili kering, serbuk kari, jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
3.Jika sudah garing, masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
4.Kemudian masukkan daging yang telah disiat-siat tadi bersama dengan garam dan gula secukup rasa.
5.Masak sehingga kering menggunakan api yang perlahan dan sedia untuk dihidang.

P/s : Resepi Serunding Daging lebih sedap jika di masak dengan lebih pedas.Selain itu , menu ini juga boleh dimakan bersama nasi putih , ketupat , nasi impit dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5