Resepi Dapur Malaysia

Resepi Soto Ayam

No Comments

Resepi Soto Ayam merupakan hidangan popular di negara Indonesia dan kini kian merebak di negara Malaysia , terutamanya di selatan tanah air . Ia juga sesuai jika dihidangkan pada waktu sarapan pagi mahupun pada hari jamuan .
resepi soto ayam
Bahan – bahan :
2/3 ketul serangka ayam (dicuci bersih kemudian toskan)
20 batang kaki ayam (potong hujung jarinya kemudian dicuci dan toskan)
2 keping dada ayam (dicuci , tos kemudian diperap dgn kunyit, garam dan halia) – Selama 1/2 jam
3 batang serai – dititik
1 inci lengkuas – dititik
2 sudu besar rempah sup
1 1/2 sudu besar rempah kurma
1/2 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga (rempah tumis)

Bahan Yang Perlu Dikisar Halus :
1 labu bawang besar atau lebih
4 ulas bawang merah
3 biji bawang putih
2 inci halia
1 sudu teh lada hitam (biji)
4 biji buah keras
1 inci kunyit hidup

Bahan Untuk Lada Kicap :
20 biji cili padi (lebihkan jika suka makanan pedas)
2 biji bawang putih
1 cawan kicap manis

Bahan-bahan Lain :
Nasi Impit
Tauhu – dihiris dan digoreng
Soon goreng (jgn cuci soon, terus goreng dalam minyak panas)
Taugeh – dicelur sekejap
Bawang goreng
Daun sup/bawang
Begedel (resipi dibawah)
Kacang tanah goreng

Cara Membuat Kuahnya :

Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak, masukkan rempah tumis dan goreng sehingga harum . Kemudian masukkan bahan yang dikisar halus dan kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan rempah sup dan rempah kurma, tuang sedikit air dan kacau sehingga rata.
Masak dengan mengguna api sederhana.
Kemudian masukkan kaki ayam, serangka, serai dan lengkuas yang dititik.
Kacau hingga rata.
Tuang air anggaran 3 / 4 liter.
Masukkan 1 sudu teh garam dan masak dgn api sederhana.
Biar merenih sehingga 45 minit ke 1 jam. (Boleh tambah air jika kurang)
Dada ayam yg diperap tadi, goreng hingga masak tapi jgn sampai garing.
Angka kemudian ditoskan dan bila sejuk boleh lah dicarik halus.

Penyedian Soto :
Dalam mangkuk, masukkan nasi impit yg telah dipotong dadu dan taugeh.
Tuang kuah soto hingga 3/4 penuh. Bubuh kacang goreng, tauhu, begedel, soon, bawang goreng, daun sup/bawang dan akhir sekali lada kicap (jika suka).

Untuk Lada Kicap :
Tumbuk cili padi (ikut tahap kepedasan) dan bawang putih hingga lumat, masukkan kicap manis dan gaul rata.

BEGEDIL :

Bahan-bahannya :

5 biji kentang
1/2 cawan bawang goreng
1 sudu besar hirisan daun sup
1 sudu besar hirisan daun bawang
1 sudu teh rempah sup “ADABI”
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh tepung jagung
Sedikit tepung gandum (untuk menyalut begedel)
1 biji telur, dikacau sedikit dengan menggunakan garfu

Cara membuat :
1:Kentang dipotong bulat dan goreng sehingga empuk.
2:Angkat kemudian ditoskan.
3:Lenyek sehingga lumat.
4:Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali telur dan tepung gandum.
5:Gaul sehingga rata.
6:Ambil adunan tadi (anggaran 1 sudu teh), bentukkan seperti guli dan leperkan sedikit, golek dengan tepung gandum kemudian diletakkan ke dalam satu bekas.
7:Buat sehingga habis.
8:Panaskan minyak dalam kuali leper (frying pan) atau kuali biasa lebih kurang 1/3 kuali.
9:Celup setiap begedel tadi dalam telur dan goreng dalam minyak hingga kuning keemasan.
10:Gunakan api sederhana.
11:Goreng sehingga habis. Toskan atas paper towel.
12:kombinasikan hidangan tersebut dan siap untuk dihidangkan .

P/s : Resepi Soto Ayam biasanya sedap dimakan ketika panas dan pedas . Lebih sedap jika dihidang bersama nescafe ais .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5