Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sotong Goreng Kentang Sumbat

No Comments

Resepi Sotong Goreng Kentang Sumbat ok? Seperti yang kita semua tahu,sotong amat sedap jika di masak sambal dan juga di goreng bersama kunyit.Selain itu, jika anda ingin tahu sotong juga amat sedap jika di goreng bersama kentang.Walaubagaimanapun,ianya kedengaran seperti sukar,akan tetapi ianya sangat mudah untuk di masak malah hanya 25 minit sahaja masa yang diperlukan untuk menyediakan hidangan ini.Sila rujuk di bawah untuk mencuba hidangan ini.

sotong sumbat kentang

Bahan-bahan utama:
Sotong 2 kilo – Dibersihkan dan buang kulitnya
6 biji kentang
4 sudu tepung goreng
4 Sudu Tepung Beras
2 biji telur
Sedikit lada hitam

Cara-cara:
1.Kupas kentang dan potong macam kentang goreng frozen 2
2.Kemudian,basuh sampai bersih dan sumbatkan padat-padat dalam sotong.
3.Campurkan tepung goreng bersama tepung beras dan juga dua biji telur.
4.Selepas itu,bancuhkan bahan tersebut seperti nak buat cekodok.
5.Pastikan tidak terlalu pekat dan cair.
6.Akhir sekali,celupkan sotong satu persatu dan goreng pakai api yang kecil.
7.Dah siap goreng bolehlah dihidangkan.

P/s : Resepi Sotong Goreng Kentang Sumbat lebih sedap jika masak pakai tepung goreng pedas.Selain itu , nak lebih sedap cicahlah bersama cheese dan juga sos cili.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5