Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sotong Masak Cili Padi

No Comments

Resepi Sotong Masak Cili Padi ok ? Alang-alang sotong masih banyak di dalam peti ais,Chef ingin membuat hidangan sotong masak cili padi.Sotong bukan sahaja boleh dimasak sambal tumis dan digoreng rangup,malahan sotong juga boleh dimasak dengan pelbagai cara,cuma orang sahaja yang tidak mengetahuinya.Sekali sekala menukar dan mencuba menu yang lain apa salahnya kan ? Jadi, takdelah terasa bosan jika anda asyik makan menu yang sama sahaja setiap hari.

sotong cili padi

Bahan-bahan:
Sotong – di cuci bersih dan dipotong kecil-kecil
1 biji bawang besar – di hiris
2 biji tomato – buang biji dan potong panjang
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil cuka
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan yang perlu ditumbuk :
5 ulas bawang putih
Secubit jintan manis
Kunyit hidup sebesar jari kelingking
15 biji cili padi atau ikut tahap kepedasan masing-masing

Cara-cara membuat:
1.Tumiskan kesemua bahan yang ditumbuk bersama bunga lawang , bunga cengkih , buah pelaga sampai naik aroma
2.Lepastu, masukkan sotong dan gaul bersama bahan tumisan sehingga sotong kembang sedikit
3.Kemudian, masukkan garam , gula dan cuka
4.Akhir sekali, masukkan bawang besar dan tomato kemudian masaklah sehingga sebati,Jika rasanya sudah ok bolehlah diangkat.

P/s : Resepi Sotong Masak cili Padi boleh ditambah air sedikit jika anda inginkan ianya berkuah.Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5