Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sotong Masak Kicap Sedap

No Comments

Resepi Sotong Masak Kicap ok ? Resepi sotong masak kicap merupakan menu yang mudah untuk dimasak . Ianya ha ya memakan masa selama 15 minit sahaja untuk siap.Selain mudah , ianya juga amat sedap dan juga penuh dengan zat . Akan tetapi , kita juga perlu mengambilnya dalam potion yang sederhana kerana sotong mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.

sotong goreng kicap

Bahan-bahan:
Setengah kili sotong – dibersih dan dipotong bulat kemudian toskan airnya.
1 biji bawang besar – dihiris bulat
5 biji cili hijau – dihiris kasar
2 keping asam gelugor
Kicap lemak manis secukupnya
Sedikit garam

Bahan yang perlu ditumbuk halus:
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (jangan terlalu besar)

Cara-cara membuat:
1.Panaskan minyak masak didalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
2.Masukkan semua bahan-bahan lain kemudian kacaukan sehingga bawang besar layu dan sotong masak.
3.Akhir sekali,tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Sotong Masak Kicap tidak perlu di masak begitu lama kerana takut isi sotong itu liat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5