Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sotong Sos Pedas Manis

No Comments

Resepi Sotong Sos Pedas Manis sesuai dimakan oleh individu yang sukakan masakan yang mempunyai rasa pedas dan sedikit manis . Ia juga , sangat mudah untuk dimasak . Walaupun cara penyediaannya amat mudah , tetapi dapat menghasilkan rasa yang sangat marbeles.
Resepi Sotong Pedas Manis
Bahan – bahan :
1 kg sotong putih sederhana saiznya dibersihkan dan direbus sehingga empuk dengan kunyit
2 biji bawang besar – dihiris nipis
2 biji cili merah – dibelah dua
2 biji cili hijau – dibelah dua
2 tangkai daun kari
1/2 cawan cili sos
garam dan gaul secukup rasa
5 sudu besar minyak masak

Bahan tumis :

2 inci halia
5 ulas bwang putih
20 tangkai cili kering
3 sudu besar rempah kari (ikan)
Blend semua bahan tersebut

Cara Membuat :

1.Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau
2.Masukkan daun kari, cili merah, cili hijau dan tomato segar
3.Masukkan bahan blend dan biarkan seketika
4.Masukkan sos cili , sotong, garam dan gaul secukup rasa
5.Tambah air jika perlu dan masak sehingga sotong masak
6.Kepekatan bergantung kepada banyaknya kuah yang diingini
7.Siap untuk disediakan

P/S : Resepi Sotong Sos Pedas Manis ini lebih sedap jika dimakan bersama nasi putih dan kailan ikan masin .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5