Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sotong Sumbat Kuah Percik

No Comments

Resepi Sotong Sumbat Kuah Percik agak sukar untuk dijumpai , selalunya hanya ada pada bulan ramadhan dan dipasar malam . Jika ada pun pasti tidak menarik selera makan anda kerana tidak semua penjual memasak menu itu sesedap masakan anda sendiri . Menu ini lebih menyelerakan jika anda memasaknya dengan menggunakan air tangan anda sendiri , mari cuba untuk merasainya.
resepi sotong sumbat kuah percik
Bahan – bahan :
1 kg sotong
1 biji lobak merah
2 biji kentang (saiz besar)
2 batang serai
2 keping asam
1 keping gula melaka
3 sudu besar gula putih
1 cawan santan pekat
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam

Bahan-bahan kisar :

30 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit

Cara membuat:

1.Rebus kentang sampai lembut (lenyek jika sudah lembut)
2.Lobak merah dipotong dadu dan digaul bersama kentang yang telah dilenyek.
3.Sumbat dalam sotong dan ketepikan
4.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi
5.Masukkan santan , serai , asam keping , gula merah , gula putih , garam , dan kacau sehingga sebati
6.masak sampai kuah pekat
7.Masukkan sotong dan kacau sehingga sebati
8.Masak lebih kurang dalam 10 minit atau sampai sotong masak
9.Siap untuk dihidangkan

P/S : Resepi Sotong Sumbat Kuah Percik ini lebih enak jika dimakan bersama nasi impit ataupun nasi putih . Lebih sedap jika diperbanyakkan kuahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5