Resepi Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan (5-6 orang)

1 paket spaghetti
500 g daging cincang
250 g tomato puri
250 g sos tomato
6 ulas bawang merah (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dihiris nipis)
1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)
3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
Oregano atau Italian herbs
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  1. Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
  2. Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  3. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
  4. Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
  5. Masukkan tomato puri, sos tomato, air dan susu. Kacau hingga sekata.
  6. Masukkan oregano/Italian herbs dan stok daging lembu (optional).
  7. Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
  8. Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
  9. Siap untuk dihidangkan.


45 Comments
  1. 6 years ago
    Aisumi Chan Kawai

    my faverettT!!

    Reply
  2. 6 years ago
    bizvm

    wow… delicous, one of my favorite… kindly visit me back 🙂

    Reply
  3. 6 years ago
    samanosuke_04

    kat sini pun slalu masak spagetti.. tapi yang kuahnye byk laa sikit… versi ape ntah.. yang bolognese nie tak penah try lagi.

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      biasanya aku masak spaghetti yg kuah banyak tu jugak, ni saje je nak try. bolognese ni kena ada daging cincang. kat aussie mahal la jgk.

      Reply
      • 4 years ago
        Huda

        Salam, i’ve seen u in the cooking magazine. iam impressed with a guy who love to cook. love to cook n can cook is 2 different things. passion is for someone who is born to love to do things. skills is for someone who is trained to do something n not necessarily with passion. 🙂 i wish u all the best in cooking arena.

        Reply
  4. 6 years ago
    chef harimau

    wallah ! my favorite tooo!! 🙂

    Reply
  5. 6 years ago
    zaza

    suka sngt!..apalagi bila ada rasa manis+masam+pedas..huhu..

    Reply
  6. 6 years ago
    Aida Nasirah

    ziarah sni gak. ujung mggu tp keja gak. x syok btol. huhu

    Reply
  7. 6 years ago
    sutera

    owh, kena masukkan susu ekk..slalu buat tak letak susu..huhu nnti nk try resepi ni la

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Letak susu nak kurangkan rasa masam n bagi rasa manis sikit.

      Reply
      • 5 years ago
        abdul mu'ein

        nak tnya, tak guna susu segar xper ke?..boleh x saya guna susu lain iaitu ; susu sejat @ susu pekat??????

        Reply
        • 5 years ago
          Amir Said

          Kalau tak nak guna susu pun takpe.

          Reply
          • 5 years ago
            abdul mu'ein

            thanx..dah jadi n sungguh sedap walopun percubaan pertama…much more delicious than spagetthi that i had eaten at kenny rogers months ago..heee

  8. 6 years ago
    syazwana

    sedapnya !!
    my favourite spagheti 🙂

    Reply
  9. 6 years ago
    una budak baeq

    terbaekkkkk dan simple !
    lepas ni tiap hari dah boleh buat :p

    Reply
  10. 6 years ago
    sue

    lau xltak susu xlehh ew ??
    asee tetap same kannnn
    heeeeeeeeeeee ~~

    Reply
  11. 6 years ago
    kak long

    bolognese nih mmg BEST lah…1st time masak ikut resepi nh truss meletop…kawan ak pon ckap lagi best dr papa john, pizza…haha
    so tenkiu utk encik pengirim yer…

    Reply
  12. 6 years ago
    makcikleez

    peberettttt makcik ngn anak dara makcik nih…mesti mau cuba..slalu guna sos segera yang kimball tu aje..waa kasi meleleh air liur malam2 buta nih

    Reply
  13. 6 years ago
    Lord Zara

    Udah kak zara try!
    Weee~

    XD

    Dan ya, ada sikit tambahan lain yang dibuat~

    XD

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Hehe. Apa yang kak Zara tambah?

      Reply
      • 6 years ago
        Lord Zara

        @Amir Said,

        Kak Zara tambah meatball, letak black pepper, dan masukkan cheese. Nak bagi lebih rasa Malaysia, so, bagi pedas skit. Kalau tak masam pula kan?

        Dan ya, agak berkuah skit sebab adik2 kak pergi makan dengan nasi gak. hahaha. Bangga nak beritahu kamu sebab 1st time buat ni plus, rasanya ok, siap bagi jiran~ XD

        Reply
        • 6 years ago
          Amir Said

          Wah bagusnya. Kakak yang baik. Masak utk adik2. 🙂
          Bestnya ada meatball! Btw saya pun suka pedas. Lagi sedap.

          Reply
          • 6 years ago
            Lord Zara

            @Amir Said, sebab tak pandai buat meatball sendiri, belilah yang jenama Ramly ke Azmy hari tu. XD

            Aaa..Mak takde kat rumah, kenalah masak. Kang 2 minggu adikku2 nak makan apa kan? XD

  14. 6 years ago
    nazim

    Will try to cook this at my studio!

    Reply
  15. 6 years ago
    syark

    kalo xde oregano herbs??

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Boleh letak mixed herbs atau Italian herbs. Kat pasaraya biasanya ada. Tak pun guna je daun parsley atau daun sup?

      Reply
  16. 6 years ago
    Sue

    nampak sedap & senang nak buat.. nak tanya, 1 tin tomato puree tu yg besar mana?

    Reply
  17. 6 years ago
    hanzaking

    Amir.. i pernah masak Spaghatti..saya taruk milk and whipped cream..very nice plus tmakan angan meat ball…best gila

    Reply
  18. 6 years ago
    strawberry

    daging cincang tu nak kena rebus dulu or terus letak mentah2??? sorry,bru 1 time nak try..heheh

    Reply
  19. 6 years ago
    amieda

    mesti nak coba ni…slalu beli je bila nak mkan..kali ni nak coba buat pulak..
    mesti melantop….;-)

    Reply
    • 6 years ago
      Amir Said

      Selamat mencuba. 🙂

      Reply
  20. 6 years ago
    anita

    mesti cuba…………

    Reply
  21. 6 years ago
    Ross

    nk try tapi oragano tk guna..ganti ngan parsly..

    Reply
  22. 6 years ago
    amira leehongki

    hu……..ish, sedapnye mesty kna tryyyyy ni!

    Reply
  23. 5 years ago
    ninuna

    kalau tak nak letak oregano tu jadi x??

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Boleh je sebenarnya. 🙂

      Reply
  24. 5 years ago
    wan

    arinie br nk try msk…tp susu segar tu unk ape?

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Untuk menyedapkan kuah. Kalau takde pun takpe. 🙂

      Reply
  25. 5 years ago
    jejaka taman

    sedapnya…mak saya masak ikut resepi ni la..berselera saya makan

    Reply
  26. 5 years ago
    aqmillambong

    oregano nak letak banyak mane??

    Reply
  27. 5 years ago
    Dhira

    capsicum tu apa?? mfla sy xreti msk2 barat ni bru nk try 😛

    Reply
    • 5 years ago
      Amir Said

      Capsicum tu lada benggala. 🙂

      Reply
  28. 5 years ago
    Ajlaa Hashim

    Nice! Should try this 🙂

    Reply
  29. 3 years ago
    intank

    mohon share resepi ye.tq

    Reply
  30. 3 years ago
    c2camradio.com

    They are a very good way to promote business service. As the culture
    of internet slang grew, it took on new origins from pop culture or video
    games and television. To report stolen email addresses at Yahoo,
    click Yahoo.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *