Resepi Spaghetti Carbonara

Bahan-bahan (5-6 orang)

500 g spaghetti
3 ulas bawang putih
5 biji telur
1/2 cawan Parmesan cheese
1/2 cawan double cream
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar parsley flakes
2 biji cendawan butang (dihiris)
Hirisan daging ayam / seafood 500-700 g

Cara-cara

  1. Masukkan telur, parmesan cheese, double cream, lada hitam dan garam ke dalam mangkuk. Pukul bahan-bahan ini sehingga sebati.
  2. Rebus spaghetti dalam periuk sehingga lembut dan toskan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan masukkan hirisan ayam atau seafood dan cendawan butang. Goreng sehingga masak.
  4. Masukkan spaghetti yang masih panas ke dalam kuali.
  5. Alihkan kuali daripada api. Masukkan bahan-bahan (langkah 1) yang telah dipukul tadi ke dalam kuali. Kacau hingga sekata.
  6. Masukkan parsley flakes dan kacau.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Langkah 5 – kuali dialihkan supaya telur tidak berketul-ketul. Pastikan spaghetti masih panas semasa campuran telur dan cheese digaulkan dengan spaghetti supaya telur masak.

Resepi asli Spaghetti Carbonara tak guna double cream. Tapi saya tambah supaya rasanya lebih berkrim. Saya juga ganti bacon dalam resepi asal dengan daging ayam atau seafood. Halal! 🙂

OM: Resepi di atas saya dah ubah ikut kesesuaian. Masa saya buat, saya guna sikit je double cream. Jadi dalam gambar tak nampak berkrim sangat. Terima kasih Asyraaf Kadir untuk gambar!

8 Comments

Leave a Reply to Amir Said Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.