Resepi Spaghetti Meatball

Bahan-bahan (4-5 orang)

Bebola daging
400 g daging cincang
1 biji ubi kentang
1 biji telur
1 ulas bawang merah – dicincang halus
1 sudu besar lada hitam – ditumbuk
1 1/2 sudu kecil garam
Sedikit tepung gandum

Sos spaghetti
3 ulas bawang merah – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
2 biji tomato – dihiris nipis
250 g tomato puri
250 g sos tomato
1 kiub stok daging
1 sudu besar oregano flakes
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Spaghetti 400g

Cara-cara

  1. Untuk bebola daging (meatballs): potong ubi kentang, rebus sehingga empuk. Kemudian, tos dan lenyekkan dengan sudu.
  2. Gaulkan daging cincang, ubi kentang, telur, bawang merah, lada hitam dan garam hingga sekata.
  3. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat dan salut dengan tepung gandum. Susun bebola daging dalam dulang yang disapu dengan tepung gandum.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, goreng bebola daging dan pastikan bebola daging masak sekata.
  5. Untuk sos spaghetti: tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tomato puri, sos tomato, buah tomato, stok daging, oregano flakes, lada sulah dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air jika perlu. Kacau hingga sekata.
  6. Masukkan bebola daging dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
  7. Untuk spaghetti: rebus dalam periuk, tambah sedikit garam. Angkat apabila spaghetti sudah lembut dan toskan. Gaul pasta dengan sedikit minyak zaitun atau butter.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Resepi daripada buku World Food Italy yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 thoughts on “Resepi Spaghetti Meatball

  1. sedang makan…hehe…meatball saya x solid sangat..kurang daging kot…

    utk sos saya tambah satu sudu cili boh…dan tak guna bawang putih…

    terima kasih utk resepi meatball yg sedap ni…nak beli frozen kat supermarket agak mahal..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>