Resepi Dapur Malaysia

Resepi Stik Berkeju

No Comments

Resepi Stik Berkeju merupakan resepi yang amat sedap , akan tetapi harga untuk setiap hidangan pastinya agak mahal.Daging stik ini lebih kurang seperti daging blackpepper tapi ini di gantikan bersama keju . Resepi ini tidaklah terlalu susah untuk dibuat malah hanya memakan masa selama 30 minit sahaja untuk menyediakannnya . Oleh itu , jom cuba.

stik berkeju

Bahan-bahan:
100 gm daging salai – dipotong 4
l biji epal – dipotong
l biji bawang besar – dipotong
1 biji timun acar (* Timun acar adalah jeruk gherkins (dalam botol) – dipotong
3 sudu makan keju Cheddar – diparut halus
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan cuka
l sudu makan mayonis
l sudu makan serbuk
jintan manis
l sudu makan daun parsli – dipotong
l sudu makan lada hitam – dikisar kasar
l sudu teh gula pasir
I sudu teh garam

Cara membuat resepi ini:
l.Untuk salad epal , campur dan gaul sehingga rata kesemua epal, bawang, cuka, garam dan gula kemudian asingkan.
2.Untuk sos, pukul keju, mayonis, jintan, parsli dan 2 sudu makan air panas.
3.Campur timun acar ke dalam sos dan kacau rata.
4.Gaul daging salai bersama sedikit minyak dan taburkan lada hitam kemudian panggang selama 3 minit.
5.Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Stik Berkeju lebih sedap dan menarik jika anda hiaskan daging salai panggang bersama sos dan salad epal.Selain itu , anda juga boleh hidangkan kannya bersama ice lemon tea ataupon jus tembikai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5