Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sup Ayam Berempah

No Comments

Resepi Sup Ayam Berempah ok? Siapa yang tak tahu sup ayam kan? makanan  ini bisa didapatkan hampir di seluruh penjuru dunia. Kuahnya yang segar sungguh sedap jika dapat disantap ketika cuaca sedang dingin.Selain itu,sup ayam bukan sahaja sedap,malah mempunyai berbagai macam manfaat bagi kesihatan tubuh seperti membekalkan protein,mempercepatkan proses menyembuhan selesema dan sebagainya.Oleh itu,anda perlulah belajar cara untuk memasak hidangan yang sedap ini.

sup ayam berempah

 

Bahan-bahan:
1 ekor ayam – dibersihkan , jangan dipotong dan diperasakan
Garam dan lada sulah – secukupnya
1 sudu minyak masak
10 ulas bawang merah – dihiris halus
1 sudu lada hitam
5 cawan setengah air
4 batang lada merah – dihiris menyerong
4 batang lada hijau – dihiris menyerong
2 tangkai daun sup – dicincang halus
1 tangkai daun bawang – dicincang halus

Bahan yang perlu ditumbuk:
5 ulas bawang putih
Halia – 1 hiris
Sedikit belacan – dibakar

Cara-cara membuat:
1.Masukkan minyak kedalam kuali,gunakan api yang sederhana kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk sampai naik bau.
2.Masukkan bawang merah,lada hitam,ayam yang telah diperasakan dan setengah cawan air.
3.Kemudian dimasak dengan bertutup selama 5-10 minit dan jangan lupa untuk mengacaunya sekali sekala.
4.Masukkan air selebihnya dan juga lada,kemudian masukkan serbuk perasa secukup rasa serta biarkan ia sehingga mendidih.Selepas itu,kecilkan api dan didihkan perlahan-lahan selama 20 minit.
5.Balikkan ayam dan teruskan memasak sampai ayam menjadi empuk.
6.Sesuaikan rasanya dan angkat dari api.
7.Akhir sekali, keluarkan ayam dan potongkan besar-besar.Kemudian letakkan ke dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan.Selepas itu tuangkan sup ke atasnya dan taburkan dengan bahan-bahan selebihnya dan siap.

P/s : Resepi Sup Ayam Berempah amat sesuai jika dimakan bersama nasi putih yang panas mahupun bubur.Jika mahu lebih sedap masukkan sedikit lada hitam dan bawang goreng.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5