Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sup Ayam Berkrim

No Comments

Resepi Sup Ayam Berkrim sedap gila. Nak sediakan pun mudah dan cepat sesuai untuk bagi makan anak-anak dan dibuat bekal sekolah.

resepi sup ayam berkrim

Bahan-bahan:

1 liter air rebusan ayam
2 cawan isi ayam yang telah direbus dan dicincang/siat halus
1 cawan krim masakan
1/4 cawan tepung gandum
120gm mentega
2 batang lobak merah didadu kecil
2 batang saderi
1labu bawang besar dicincang halus
2 tangkai parsli
2 tangkai thyme
1 helai daun salam
garam serbuk lada hitam dan lada

 

Cara Masakan:

1. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bawang, saderi dan lobak merah sehingga layu.

2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata

3. Tuangkan air rebusan ayam dan dididhkan. Masukkan ikatan daun-daun herba (thyme/parsley/daun salam diikat sekali).

4. Masukkan ayam yang telah direbus.

5. Tuang krim masakan. Sesuaikan rasa sup ayam berkrim dengan menambah garam , serbuk lada hitam  dan lada sulah secukupnya. Keluarkan ikatan daun-daun herba tadi. Hidangkan sewaktu panas.

 

P/s: Resepi Sup ayam berkrim ini sesuai dimakan bersama roti. Boleh juga dimakan dengan kuey teow atau spagethi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5