Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sup Ayam Sedap

No Comments

Resepi Sup Ayam sedap okay? Jom belajar buat sup ayam yang paling sedap dan paling mudah, hanya ambil masa 15 minit je dah boleh siapkan.

resepi sup ayam

Nilai kalori sup ayam adalah 290 kj. Sup ayam dikategorikan sebagai makanan yang sihat dan sedap selain ia diletakkan dibawah makanan berkuah. Orang yang demam, sakit, dan orang yang ada masalah gigi atau gusi digalakkan mengambil sup ayam sebagai makanan harian.

Untuk menjadikan resepi sup ayam itu berkhasiat, 2 perkara perlu diambil kira:
1. Rempah Ratus yang digunakan. Perbanyakkan dan lebihkan penggunaan Rempah Ratus.

2. Ayam yang digunakan. Digalakkan guna ayam bersaiz 2kg dan kalau boleh pastikan ianya ayam kampung atau ayam organik. Maaf cakap, ayam biasa kita beli adalah kurang berkhasiat.

Kita tengok orang tua di kampung, selalu makan ayam kampung, telur ayam kampung, sup ayam kampung, dari dulu sehinggalah sekarang, tapi tiada masalah hormon tak stabil dan masalah alergik. Tetapi kita yang di bandar, dimana terbiasa makan ayam yang disuntik steroid, menjadi kurang imun dan kurang sihat tubuh badan.

Okay mari teruskan dengan cara memasak resepi sup ayam.

Bahan Bahan Memasak:

bahan untuk masak sup ayam sedapSeparuh ayam
2 biji kentang potong empat
Sebiji lobak segar dipotong 4 dipotong besar
1 bunjut sup
1 biji bawang besar dipotong nipis
5 biji bawang putih diketuk-ketuk
2 inci halia racip halus
Air secukupnya

Cara Caranya:

1. Masukkan kesemua bahan tadi kecuali daun sup ke dalam periuk dan panaskan api.
tumis rempas ratus sup ayam

2. Apabila sudah menggelegak, masukkan sedikit garam dan penambah perasa. Kacau sehingga rata.
3. Teruskan memasak sup tersebut menggunakan api sederhana perlahan sehingga ayam dan kentang empuk.
4.  Akhir sekali masukkan daun sup dan kacau rata.
5. Sedia untuk dihidangkan. Boleh juga letak bawang goreng untuk menambah sedap.
resepi sup ayam mudah dan sedap siap

Sup Ayam panas sedia untuk dihidangkan dan disantap bersama keluarga. Oh ya, tips untuk anda, pastikan sup ayam dikekalkan suam atau panas dengan menggunakan teknik mereneh sup. Semakin lama direneh, semakin keluar khasiat ayam.

Jika guna ayam kampung, perhhhh! Memang sedap dan berkhasiat dijamin. Esok pagi bangun badan pasti akan berasa segar dan bertenaga. Hehe. Admin orang kampung da selalu makan ayam kampung, memang lain dari ayam bandar.

Jangan lupa share artikel resepi ini ya. Bantu kami menjana pendapatan bagi menampung kos hosting dan domain. Terima Kasih Sayang Semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5