Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sup Brokoli Berkeju

No Comments

Resepi Sup Brokoli Berkeju ok ? Resepi ini hanya memakan masa selama 10 minit untuk penyediaan dan 15 minit untuk memasaknya.Resepi ini juga merupakan resepi yang sehat kerana keju padat dengan nutrisi, beberapa di antaranya vitamin seperti vitamin C, vitamin B6, vitamin B-12, vitamin A, vitamin D, vitamin E dan vitamin K .Manakala, brokoli pula amat baik untuk mengelakkan kanser , mengekang tabiat lebih makan , meningkatkan sistem imun kesihatan , mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan sebagainya.

sup brokoli berkeju

Bahan-bahan:
1 cawan brokoli
1 cawan parutan keju cheddar
2 cawan air
2 kiub ayam
Setengah biji bawang besar – dipotong dadu
2 cawan susu cair
Garam dan lada sulah secukupnya

Cara-cara membuat:
1.Masukkan air , kiub ayam,bawang besar,garam,dan lada sulah ke dalam periuk kemudian masak pada api sederhana.
2.Masukkan keju cheddar , susu cair , brokoli dan masak selama 15 minit ataupun sehingga brokoli lembut.
3.Masukkan kedalam pengisar dan kisarkan seingga separuh hancur.
4.Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Sup Brokoli Berkeju lebih sedap jika dihidang atau diamakn bersama roti bakar bawang putih . Selain itu , bagi menambahkan selera makan , anda boleh hidangkannya bersama jus buah-buahan . Resepi ini juga tidak perlu dimakan bersama nasi kerana supnya agak pekat dan tidak sesuai jika dimakan bersama nasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5