Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sup Cendawan

No Comments

Resepi Sup Cendawan ok? Sup cendawan dapat mengembalikan tenaga kita apabila setelah seharian penat bekerja.Selain itu,sup cendawan juga dapat menyihat serta menyegarkan badan yang kelesuan.

Disamping itu,ianya amat sesuai jika dihidangkan kepada seseorang yang sedang demam ataupun sakit.Oleh itu,Chef akan mengajar anda semua cara-cara untuk memasak hidangan ini.

cendawan sup

Bahan-bahan yang perlu disediakan:
Sepeket cendawan
isi ayam – dipotong nipis
3 biji bawang merah – ditumbuk lumat
3 biji bawang putih – ditumbuk lumat
10 ulas cili padi (ikut tahap kepedasan anda) – ditumbuk lumat
air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara membuat:
1.Panaskan minyak didalam kuali kemudian tumiskan bawang merah,bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan air kemudian kacau sehingga rata dan biarkan sampai ianya mendidih.
3.Kemudian masukkan isi ayam dan kacau sehingga masak.
4.Masukkan cendawan dan kacau sehingga sebati.
5.Masukkan garam secukup rasa dan kacau sampai masak
6.Boleh dihidangkan.

P/s:Resepi Sup Cendawan lebih sedap jika dimakan pada waktu hujan bersama nasi putih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5