Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sup Ekor

No Comments

Resepi Sup Ekor merupakan resepi sup yang sangat digemari dan susah didapati tetapi sangat sedap untuk para penggemar sup ini.

image

1 kg ekor segar (direbus dalam periok dengan halia dan bawang putih yang diketuk dan garam selama 1 jam)

Untuk rempah sup :
3 inci halia
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar (dikisar)
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih.
2 biji cili hijau (dihiris)
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 biji buah tomato (dipotong enam)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 paket serbuk rempah sup ekor
Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain:
1 batang lobak merah (dipotong bulat atau serong)
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
2 helai daun pandan
Bawang merah goreng
2 tangkai daun sup(dihiris halus)
2 sudu besar minyak untuk menumis

Cara membuat:
1.Panaskan minyak pada api serdehana.
2.Goreng semua bahan yang telah dikisar dengan rempah ratus , serbuk rempah dan daun pandan hingga naik bau.
3.Masukkan cili hijau dan bawang goreng , kemudian masukkan 4 cawan air untuk kuahnya.
4.Masukkan ubi kentang dan lobak merah , apabila sup mula mendidih masukan ekor yang sudah direbus.
5.Tambahkan 2 cawan stok air rebusan ekor dan tambah garam secukup rasa.
6.Masak seketika selama 15 minit dan taburkan daun sup dan bawang goreng .
7.Siap untuk dihidangkan .

P/s:Resepi Sup Ekor boleh di makan sebagai sup bersama sambal kicap atau nasi putih , mee kuning atau bihun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5