Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sup Gear Box Ringkas

No Comments

Resepi Sup Gear Box okay? Resepi ini  amat disukai oleh orang ramai tidak kira dari negara mana sekalipon kerana sup ini sangat sedap sehingga boleh membuatkan anda semua terangkat.Akan tetapi,harganya agak mahal jika anda ingin makan di restoran kerana sup gearbox ini agak sukar untuk dimasak dan harga pasaran gearbox ini juga agak mahal.Oleh itu,Chef akan ajarkan anda cara untuk memasak resepi ini sekaligus dapat mengurangkan kos perbelanjaan anda semua.

sup gearbox

Bahan-bahan utama yang diperlukan:
Kaki lembu – dipotong
Bawang merah – dimayang
Bawang putih – dimayang
Halia – dipotong
Perencah Sup serbuk
Rempah menumis
Garam
Bawang goreng
Daun sup

Cara-cara membuat:
1.Rebuskan kaki lembu sehingga empuk
2.Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris,kayu manis serta bunga lawang
3.Bila sudah garing, masukkan rencah sup serbuk kemudian digoreng dengan menggunakan api yang perlahan hingga garing dan berbau wangi.
4.Selepas itu, tuangkan semua bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk tulang kaki tadi kemudian masukkan garam secukupnya serta serbuk perasa

P/s:Resepi Sup Gear box lebih sedap jika dimasak sedikit pedas dan dimakan bersama nasi putih.Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5