Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sup Taufu Telur dan Cendawan

No Comments

Resepi Sup Taufu Telur dan Cendawan sangat sesuai untuk semua golongan masyarakat dan sangat sesuai untuk penggemar sup sayuran.Resepi sangat mudah disediakan dan hanya mengambil masa antara 8-10 minit.

image

Bahan-bahan:
2 sudu besar udang kering (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 inci halia (diketuk)
2 paket taufu telur (tauhu jepun)
6 biji cendawan tiram kering (direndam hingga lembut dan hiris )
1 keping fucuk
1 paket soon
1 batang saleri (dipotong kecil)
1 biji kentang (dipotong 6)
Garam
Gula

Cara membuat:

1.Taufu telur dipotong dan digoreng sebentar lalu ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan besar hingga naik bau.
3.Tambahjan air secukupnya dan masukkan udang kering , kentang , lobak dan masak hingga kedua-dua bahan agak lembut.
4.Masukkan cendawan kering , fucuk , soon dan tambahkan gula , garam , gula dan perasakan secukupnya.
5.Masukkan batang saleri , taufu yang sudah digoreng dan masak hingga mendidih.
6.Siap untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Sup Taufu dan Cendawan boleh dihidangkan bersama daun sup dan bawang goreng untuk penambah rasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5