Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sup Tulang Sedap

No Comments

Resepi Sup Tulang merupakan makanan yang sangat popular dikalangan masyarakat Melayu dan sangat sesuai jika dihidangkan pada waktu malam yang dingin .

sup tule

 

 

 

 

 

Bahan-bahan:

1 kg tulang lembu
6 biji bawang merah (dihiris halus)
1 labu bawang putih dihiris halus)
2 inci halia (diketuk)
1 paket rempah sup
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
4 biji ubi kentang(dipotong empat)
garam
gula
1 batang saderi (jika mahu)
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng
daun sup

Bahan penumis:
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

Cara membuat:
1.Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air (sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang),kemudian masak daging sehingga empuk (jangan buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat) dan masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

2.Ceduk keluar bahagian berminyak yang terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut , manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang.

3.Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk,halia dan ubi kentang (boleh ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi) dan masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.

4.Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak , tumis bahan penumis sehingga wangi dan masukkan bawang merah serta bawang putih yang telah dihiris halus (goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang).

5.Masukkan batang saderi dan masukkan garam juga gula mengikut cita rasa masing-masing (masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk).

P/s : Resepi Sup Tulang  boleh dihidang bersam daun sup atau daun bawang dan bawang goreng untuk menambahkan rasa yang lebih sedap .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5