Resepi Teh 3 Layer

Bahan-bahan (2 gelas)

3 ucang teh
3 keping gula melaka
1/2 tin susu cair
Sedikit air
Ais

Cara-cara

  1. Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
  2. Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur dan sebati.
  3. Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
  4. Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
  5. Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!

Sila kurangkan gula melaka kalau tak suka manis. Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat 🙂

20 Comments

Leave a Reply to nurul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.