Resepi Dapur Malaysia

Resepi Telur Goreng Berkeju

No Comments

Resepi Telur Goreng Berkeju ok ? Selalunya kita hanya memasak atau menyediakan telur goreng , telur mata dan telur dadar sahaja . Akan tetapi , kali ini Chef ingin ajarkan anda semua cara yang berbeza untuk memasak hidangan ini iaitu telur goreng berkeju . Disamping hari-hari makan telur dadar , apa salahnya kalau sekali sekala menukar selera dan hidangan kan ? Selain itu , anda juga tidak perlu runsing bagaimana cara untuk menyediakan hidangan ini kerana ianya sangat mudah untuk dibuat dan hanya memakan masa selama 20 minit sahaja untuk siap.

telur goreng berkeju

Bahan-bahan:
3 biji telur
2 sudu besar susu segar
1 biji bawang holland – dipotong dadu
3 batang sosej – dipotong nipis
Sayur campur secukupnya
Keju mozarella secukupnya – diparut
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
1 sudu makan minyak masak

Cara-cara membuat:
1.Pukul telur bersama susu,garam dan serbuk lada sulah terlebih dahulu kemudian ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga naik bau.
3.Masukkan sosej dan sayur campur kemudian gorengkan sehingga sosejnya masak.
4.Masukkan telur dan gorengkan sehingga kekuningan.
5.Apabila telur telahpun kekuningan,taburkan parutan mozarella dan lipatkan dua.
6.Akhir sekali,angkat dan sedia untuk dihidangkan.

p/s : Resepi Telur Goreng Mozarella Berkeju lebih sedap jika dimasak dengan sedikit garing . Selain itu,anda juga boleh tambahkan cendawan butang didalam hidangan tersebut sekiranya anda sukakanya.Disamping itu , resepi ini lebih sedap jika dimakan bersama nasi panas dan sos cili thai maggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5